Monday, February 25, 2008

Perebutan kuasa di Perlis

KANGAR 22 Feb. - Pengumuman senarai penuh calon Barisan Nasional (BN) Perlis bagi Pilihan Raya Umum Ke-12 yang sepatutnya dibuat lewat malam ini terpaksa ditangguhkan lagi sehingga pagi esok.

Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, ini kerana beliau kesuntukan masa untuk mengumumkannya hari ini disebabkan terdapat 'sedikit masalah teknikal'.

"Memang sepatutnya saya umum hari ini tetapi ada sedikit masalah teknikal, jadi saya terpaksa tangguhkan pagi esok yang akan diadakan kira-kira pukul 9 pagi di Dewan 2020 di Kangar," katanya ketika dihubungi semasa dalam perjalanan pulang ke Kangar dari Kuala Lumpur hari ini.

Menteri Besar Perlis itu sebelum ini dilihat beberapa kali bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya sejak Selasa lalu bagi memuktamadkan senarai calon BN negeri itu.

Shahidan hari ini juga memberitahu pemberita di Putrajaya bahawa beliau kekal bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-12 bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambun Tulang yang disandangnya sejak 1995.

Pengesahan Shahidan itu sekali gus melenyapkan desas-desus bahawa beliau akan digugurkan atau berpindah ke kerusi Parlimen pada pilihan raya kali ini.

Ditanya apakah masalah teknikal itu, Shahidan berkata: "Ada pihak lain yang telah umumkan dahulu senarai calon di Kuala Lumpur. Saya tak tahu macam mana dia boleh umum. Saya yang sepatutnya umumkan senarai itu sebab saya pengerusi BN negeri."

Shahidan merujuk laporan Bernama di Kuala Lumpur yang memetik sumber mengenai kedudukan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad di Parlimen Kangar dan empat kerusi DUN di bawahnya.

Dalam pada itu, Shahidan berkata, penangguhan dibuat kerana beliau juga perlu berjumpa dengan semua pemimpin dan ahli UMNO negeri terlebih dahulu.

"Saya perlu berjumpa dengan semua ahli UMNO di ketiga-tiga bahagian di Perlis untuk meminta mereka menarik semula peletakan jawatan masing-masing yang dibuat pagi ini.

"Saya perlu jumpa dan bercakap dengan mereka kerana mereka ini orang penting di bahagian masing-masing dan tidak sepatutnya meletak jawatan," katanya.

Shahidan merujuk kepada kira-kira 60 ahli jawatankuasa (AJK) UMNO, sebahagian besarnya dari bahagian Arau yang menyerahkan surat peletakan jawatan dalam parti kepada beliau, Presiden UMNO dan Setiausaha Agung UMNO hari ini.

Peletakan jawatan itu dibuat selepas terdapat spekulasi bahawa Shahidan tidak terpilih sebagai calon pada pilihan raya kali ini yang boleh menyebabkannya kehilangan jawatan Menteri Besar.

Beberapa AJK Bahagian dari Kangar dan Padang Besar turut meletak jawatan. Keputusan itu dibuat kira-kira pukul 4 pagi ini di kediaman rasmi Menteri Besar.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan kumpulan itu, tindakan peletakan jawatan dibuat disebabkan pucuk pimpinan parti gagal memberi perhatian kepada senarai calon yang dicadangkan oleh UMNO bahagian.

Mengikut senarai yang diedarkan kepada pemberita, AJK daripada tiga bahagian berkenaan yang meletak jawatan termasuk Timbalan Ketua UMNO Bahagian Arau, Senator Datuk Ismail Kassim yang juga adik Shahidan; Ketua Puteri Negeri, Rozieana Ahmad; Setiausaha Bahagian, Sehidan Ismail dan AJK Bahagian yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Simpang Empat, Zahari Bakar.

Dalam pada itu tinjauan Utusan Malaysia malam tadi di beberapa lokasi di sekitar Perlis terutama di kawasan DUN Tambun Tulang iaitu kawasan Shahidan bertanding mendapati bendera BN yang sebelum ini dipacak di merata-rata kawasan bertaburan di tepi jalan raya.

Tiang-tiang bendera yang dipacakkan di sepanjang jalan raya pula dipatahkan manakala beberapa bilik gerakan BN dirosakkan dan ditutup.

Tindakan itu dipercayai dilakukan setelah tersebar spekulasi bahawa Shahidan tidak terpilih sebagai calon pada pilihan raya kali ini.

Sumber: Utusan Malaysia 23/02/08

Ulasan:

Apa dah berlaku? Dahulu Shahidan Kassim menafikan sekeras-kerasnya perpecahan di kalangan UMNO Perlis, sekarang realiti menunjukkan sebaliknya. Sila klik pautan di bawah ini untuk membaca semula penafian MB Perlis ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2007&dt=1230&pub=utusan_malaysia&sec=terkini&pg=bt_05.htm&arc=hive

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0101&pub=utusan_malaysia&sec=politik&pg=po_01.htm&arc=hive

Berita ini bukanlah suatu yang mengejutkan pun. Siapa yang tidak tahu bahawa kebanyakan pemimpin UMNO adalah orang yang gilakan kuasa? Jadi, lumrahlah kalau kita dengar pergaduhan sebegini di dalam UMNO. Kuasa! Kuasa! Siapa yang tidak mahu? Inilah sumber kepada segala kekayaan, sumber kepada segala kekuatan, pangkat, jawatan, kuasa, wang ringgit dan sebagainya... Mereka ini sering terlupa bahawa ‘kuasa’ inilah yang sesungguhnya akan menjadi ‘sumber penyesalan’ mereka di akhirat nanti. Rasulullah saw pernah bersabda kepada Abu Zar, seorang sahabat yang berjaya mengislamkan majoriti dari kaum Ghifar, yang pernah meminta jawatan untuk menjadi penguasa daerah itu tetapi ditolak oleh Rasulullah. Sambil menepuk-nepuk bahunya, Rasulullah bersabda

“Wahai Abu Zar, kamu adalah seorang yang lemah dan sesungguhnya jawatan itu adalah amanah yang akan membuat penjawatnya menjadi hina dan menyesal di hari Kiamat, kecuali orang yang mengambilnya dengan kebenaran dan menunaikan segala kewajibannya” [HR Muslim].

Bayangkanlah seorang sahabat Nabi yang terkenal berani ini yang mengisytiharkan keislamannya di Kaabah dan dibelasah beramai-ramai oleh kaum Quraisy, namun Rasulullah tidak memberinya memegang jawatan kerana kelemahannya. Jika dibandingkan ilmu, keberanian dan jasanya terhadap Islam, dia jauh lebih baik dari pemimpin Muslim terbaik yang ada pada ketika ini. Apatah lagi berbanding pemimpin yang diketahui sekular, lalai, khianat, memakan wang rakyat, mengamalkan kronisme dan nepotisme dan pelbagai kejahatan lain lagi.

Rasulullah berpolitik kembangkan Islam

Rasulullah berpolitik kembangkan Islam

JIKA sebelum ini jarang orang berminat bercakap mengenai politik, melainkan golongan yang terbabit secara langsung dengannya, keadaan adalah sebaliknya, malah remaja juga berminat mengetahui senarionya.

Di rumah bersama seisi keluarga, minum bersama teman di warung atau restoran, mengisi masa terluang di pejabat, malah di jalanan, topik perbualan mengenai politik tidak ditinggalkan, khususnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-12 bulan depan.
Sering juga diperkatakan bahawa politik itu kotor. Tetapi, hakikatnya orang yang terbabit dengan politik yang melakukan onak sehingga dikatakan kotor.

Penyalahgunaan kuasa, politik wang, maki hamun dan skandal seks menyebabkan politik dipalit kekotoran.

Tetapi, bagaimana Islam melihat politik dan pilihan raya itu sendiri. Nabi Muhammad s.a.w ketika mengembangkan Islam turut menggunakan politik.

Kamus Dewan Edisi Tiga, "politik" bermaksud ilmu cara pemerintahan, ilmu siasah dan ilmu kenegaraan; kedua, segala sesuatu berkenaan pemerintahan sesebuah negara atau hubungannya dengan negara lain dan ketiga, kelicikan, muslihat atau tipu muslihat.

Takrifan itu membuktikan makna politik amat luas, bukan saja merujuk kepada pengetahuan dan kebijaksanaan mentadbir negara, malah membawa maksud tipu muslihat.

Jadi, tidak hairan ada pihak menggunakan muslihat tersendiri untuk mendapatkan pengaruh dan gelaran yang diidamkan, kerana politik itu sendiri dari satu sudut dikatakan muslihat.

Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zin, berkata politik ialah keupayaan manusia mengurus sesuatu, mengikut disiplin ditetapkan.

Beliau berkata, manusia sudah lama berpolitik malah di kalangan nabi termasuk Rasulullah s.a.w, baginda turut berpolitik.

"Nabi Muhammad s.a.w dari muda mempunyai kebijaksanaan termasuk berniaga sehingga Khadijah tertarik padanya, manakala Nabi Nuh a.s ada kepandaian mengemudikan bahtera.

"Nabi Yusuf pernah dilantik menteri dan Nabi Musa pernah berdoa supaya saudaranya, Nabi Harun menjadi pembantunya dalam gerak kerja dakwah," katanya.

Beliau turut mengungkap nas dari surah Thahaa, ayat 29, bermaksud: "Dan, jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku."

Dalam Islam, urusan membabitkan pelantikan pemimpin bukan perkara sampingan atau main-main, malah ia menjadi topik khusus dalam pewarisan Nabi Muhammad s.a.w bagi memastikan agama dan politik dunia terpelihara. Justeru itu, katanya, menjadi kewajipan bagi umat Islam melantik pemimpin bagi memastikan Islam dan umatnya terbela dan apabila dilantik mesti ditaati.

"Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan rasul dan kepada ulil-amri (pemimpin) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya." (an-Nisa: 59)

Zamihan berkata, Nabi Muhammad s.a.w sudah menggambarkan ada pemerintah yang memerintah dengan baik dan pemerintah yang buruk.

"Apabila pemerintah baik, Nabi kata kamu kena dengar dan apabila pemerintah yang buruk, disuruh kita menghindarinya. Itulah juga dinamakan politik," katanya.

Beliau berkata, kewajipan umat Islam ke atas pelantikan pemerintah adalah fardu kifayah seperti jihad dan menuntut ilmu.

"Tidak salah menggunakan sistem demokrasi walaupun asalnya dari barat, sebab ada kebaikannya.

"Walaupun ada yang kata tiada demokrasi dalam Islam, tetapi Islam tidak menafikan manfaat demokrasi.

"Malah, sistem pilihan raya seperti sekarang ini juga tidak mengongkong syariat Islam daripada terlaksana.

"Hari ini kerajaan melaksanakan pelbagai sistem Islam, seperti ekonomi Islam dan pendidikan Islam. Itu semua lanjutan sistem demokrasi.

"Jika ada yang mengatakan kena ketepikan pilihan raya dan kembali kepada sistem syura seperti zaman awal Islam, masalahnya kini tiada sistem khalifah. Bagaimana mahu kembali kepada cara itu, sebab sistem khalifah itu sendiri tidak ada.

"Kita tidak mampu kembali kepada sistem itu, tetapi kita kena ada cita-cita ke arah itu dan oleh kerana demokrasi menjadi latar belakang pemerintahan sistem negara, jadi tidaklah mengapa untuk menjadikannya wahana dalam pemerintahan dan orang Islam diberikan hak memilih.

"Walaupun dalam Islam tidak dinyatakan secara khusus penegasan membuang undi untuk memilih pemimpin, masih ada nas mengenai prinsip asas dalam surah al-Maidah supaya bantu membantu hal kebajikan dan bertaqwa serta melarang daripada melakukan dosa dan pencerobohan.

"Dalam konteks Malaysia yang dinilai pengundi ialah calon atau ideologi politik. Mengundi asalnya adalah harus, tetapi jika calon yang baik menjadi sunat malah wajib pula, sebaliknya calon jahat hukumnya haram disokong," katanya.

Beliau juga menjelaskan beberapa kriteria yang sewajarnya tersemat pada diri pemimpin, iaitu orang yang adil mempunyai ilmu mendalam, sempurna pancaindera dan tidak mengalami kecacatan (jika cacat seperti buta mudah ditipu orang), berpandangan terbuka, berwibawa dan berani mengemukakan pendapat, bijak, tegas dan dari keturunan mulia.

"Tetapi janganlah kerana politik timbul sengketa, sehingga anak berbalah dengan bapa, putus persahabatan dan suami isteri sampai bercerai.

"Dalam kempen juga kena ada etika, seperti bercakap benar, apabila berjanji ditunaikan, apabila diberikan amanah tidak khianat, apabila berselisih faham tidak melangkaui had, tidak mengadu domba dan menabur fitnah," katanya.

Sumber: Metro 24/02/08

Ulasan:

Cukup menarik tulisan di atas dengan menggabungkan perbincangan tentang ‘Politik, Demokrasi dan Khalifah’. Ada pun tentang istilah politik dan demokrasi, ini adalah istilah biasa, namun istilah ‘Khilafah’ yang baru bagi sesetengah orang, nampaknya semakin diminati dan difahami oleh umat Islam. Ada yang suka dengan politik dan tidak kurang juga yang membenci politik. Semuanya bergantung kepada pemahaman makna politik yang mereka fahami. Inilah ragam pemikiran manusia termasuklah umat Islam kita hari ini.

Ketika demam pilihan raya umum ke-12 semakin kuat, pelbagai tulisan berkenaan politik, demokrasi dan Islam telah menjadi tajuk pilihan untuk diperbincangkan. Saat inilah, para ulama dan ilmuan akan diperguna dan diperkuda sepenuhnya oleh kerajaan untuk menulis tentang ‘politik’ bagi mengulas dan menyokong apa jua yang kerajaan telah lakukan selama ini. Bagi ulama dan ilmuan yang cintakan glamor, pangkat, kedudukan, harta dunia dan ingin dipandang mulia oleh kerajaan (bukannya oleh Allah), maka saat ini jugalah mereka akan cuba muncul untuk menjadi ‘jaguh’ mempertahankan apa jua yang kerajaan lakukan, khususnya dalam aspek menerangkan kepada rakyat bahawa apa yang kerajaan lakukan semua tidak pernah bertentangan dengan Islam.

Justeru, makna dan amalan ‘politik’ di dalam sistem Demokrasi yang ada saat ini (yang mana ianya lahir dari pemikiran kufur) telah di interpretasi sebagai sesuatu yang tidak bertentangan dengan Islam. Malah di katakan boleh diambil kerana mengandungi kebaikan. Kecetekan ilmu tentang politik dan demokrasi menyebabkan umat Islam terjerumus ke lembah maksiat kerana mengambil sistem yang kufur ini. Cahaya telah tertutup dari mereka hingga mereka tidak nampak bahawa dengan demokrasilah, manusia pada hari ini, sama ada sedar ataupun tidak telah mengambil hak Allah SWT untuk membuat undang-undang yang akibatnya menjadi biang keladi kepada pelbagai masalah yang menimpa seluruh dunia umat Islam pada hari ini. Sedangkan hak untuk membuat undang-undang itu hanyalah milik Allah SWT semata-mata dan bukannya hak manusia.

Adalah suatu yang naif adanya dakwaan bahawa kerajaan telah melaksanakan pelbagai sistem Islam hasil dari keberlangsungan sistem Demokrasi yang telah diterapkan. Ketidakjelasan tentang apa dan bagaimanakah sistem ekonomi dan sistem pendidikan dalam Islam menyebabkan pujian melambung diberi kepada kerajaan kerana dikata telah melaksanakan ekonomi dan pendidikan Islam? Kita hairan dalam keadaan bank yang berasaskan riba masih terus dibiarkan beroperasi, tempat-tempat maksiat (kilang arak, tempat judi, bursa saham dan yang lain-lainnya) yang masih diberikan lesennya diperbaharui setiap tahun, Malaysia dikatakan telah mengamalkan ekonomi Islam. Ini belum kira lagi sistem Islam yang lain yang tidak pernah berjalan seperti hudud, qisas, takzir, mukhalafat, jizyah, jihad, sistem pergaulan dan banyak lagi, semua ini merupakan bukti jelas tentang sistem yang berjalan sekarang semuanya adalah sistem kufur yang jelas-jelas bertentangan dengan Islam.

Ya memang benar bahawa pilihan raya adalah satu uslub yang mubah untuk digunakan bagi memilih pemimpin. Tetapi perlu kita fahami bahawa pilihan raya di dalam sistem demokrasi bukanlah digunakan untuk memilih pemimpin. Pilihan raya di bawah sistem demokrasi adalah satu cara untuk memilih wakil (bukan pemimpin) untuk dihantar ke Parlimen atau Dewan Undang Negeri (DUN) untuk membuat undang-undang!!! Inilah kedudukan sebenarnya – di mana proses yang berlaku ini adalah suatu proses di mana manusia telah mengambil hak Allah sebagai Pembuat Hukum (undang-undang) bagi manusia.

Bagaimana dengan sistem Khilafah? Ya Sistem Khilafah saat ini telah tiada semenjak diruntuhkan pada 3 Mac 1924 oleh Mustafa Kamal Attartuk seorang agen British. Dengan hilangnya Sistem Khilafah ini bukan bermakna umat Islam boleh mengambil sistem-sistem lain untuk diterapkan, namun kewajipan umat Islam saat ini adalah untuk menegakkan kembali sistem yang telah hilang ini. Caranya bukanlah dengan mengambil demokrasi, tapi dengan berusaha untuk merubah atau menukar sistem demokrasi kufur ini kepada sistem Khilafah. Bukankah Rasulullah telah menunjukkan caranya – selama 13 tahun perjuangan baginda di Mekah sehingga tertegaknya Daulah Islam Madinah – inilah yang wajib kita contohi. Belum sampaikah masanya hawa-hawa nafsu yang ada itu tunduk kepada perintah Allah SWT, bukannya tunduk kepada pemimpin sekular dalam rangka ingin mengampu mereka untuk mendapat sedikit upah dan jawatan?

PM janji Kabinet terbaik

KEPALA BATAS 24 Feb. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi jaminan akan menubuhkan barisan Kabinet yang terbaik dengan gabungan muka lama dan baru sekiranya Barisan Nasional (BN) diberikan mandat baru pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Menurut Perdana Menteri, untuk tujuan itu semua calon BN yang dipilih bertanding pada pilihan raya umum kali ini merupakan calon yang sebaik-baiknya dan telah melalui proses siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), mahkamah serta Jabatan Insolvensi.

Abdullah berkata, sebelum pilihan raya BN telah memastikan semuanya diatur dengan baik dengan calon yang dipilih dipastikan melalui siasatan dengan badan-badan berkenaan.

‘‘Kalau ada kes yang terlibat dengan mahkamah, macam semalam (apabila) kita mengetahui salah seorang calon yang dicadangkan mempunyai kes di mahkamah di bawah Kanun Keseksaan, kita serta-merta menggugurkan calon berkenaan.

‘‘Ada beberapa kes melibatkan isu BPR serta polis, jadi kita membuat siasatan dengan terperinci dan dalam masa yang sama, kita akan memeriksa dengan Jabatan Insolvensi sama ada bakal calon itu muflis atau tidak.

‘‘Jadi kita periksa dan calon sedemikian tidak akan dibenarkan (bertanding), kita memeriksa untuk memberikan yang terbaik,” kata Abdullah pada sidang akhbar selepas proses penamaan calon di sini hari ini.

Ditanya mengenai kempen pilihan raya, Perdana Menteri berkata, setakat ini beliau tidak mendengar sebarang masalah atau huru-hara berlaku di mana-mana tempat.

Sambil melahirkan rasa gembira, beliau mengucapkan terima kasih kepada polis yang telah mengawal keadaan keselamatan dengan baik dan ia merupakan langkah pertama menjayakan proses pemilihan calon.

‘‘Proses pemilihan calon oleh rakyat adalah amat penting bagi rakyat Malaysia. Mereka tentu sekali nak pilih siapa yang mereka mahu.

‘‘Saya percaya mereka akan beri perhatian kepada BN yang sejak 50 tahun lalu, bermula dengan Perikatan, telah pun mencapai kejayaan membangunkan negara serta pastikan dalam keadaan aman, selamat,” katanya.

Semasa berkempen pula, Perdana Menteri meminta supaya tidak berlaku pergaduhan antara penyokong parti-parti yang bertanding dan mereka diminta supaya menjaga percakapan kerana jika berlaku pergaduhan ia boleh mencemarkan proses pilihan raya.

Sumber: Utusan Malaysia 25/02/08

Ulasan:

Membaca tajuk keratan akhbar di atas, sekali lalu kita terus terfikir bahawa PM menjanjikan calon yang terbaik yang beriman dan bertakwa kepada Allah...rupanya ‘yang terbaik’ dalam definisi pemimpin tertinggi Islam Hadhari ini adalah terbaik dari segi ‘tidak ada rekod rasuah atau pun bankrap’. Masya Allah! Inilah ukuran baik dan buruk bagi seorang PM – baik jika tidak ada rekod rasuah atau pun baik jika calon tersebut tidak bankrap. Di manakah Al-Quran, di manakah hadis, di manakah Imam Ghazali yang selama ini dicari-cari oleh pemuisi Hadhari ini? Adakah ini kriteria insan terbaik yang digariskan oleh Al-Quran dan Sunah dan juga Imam Ghazali? Keimanan dan ketakwaan kepada Allah tidak dijadikan panduan...namun ‘akal’lah yang dijadikan ukuran.

Setiap kali pilihan raya, itulah apa yang akan diperkatakan oleh pemimpin parti yang bertanding yakni menjanjikan orang yang terbaik. Ya benar, budaya yang sedia wujud dan lama diketahui dalam UMNO/BN adalah calon-calon yang terbaik yang dipilih ini, setelah mereka menang nanti, maka mereka benar-benar akan menjadi wakil rakyat atau Kabinet yang terbaik. Mereka adalah orang yang terbaik di dalam mengkhianati amanah yang Allah letakkan pada mereka, mereka adalah yang terbaik di dalam memberi dan menerima rasuah, mereka adalah yang terbaik di dalam mengabaikan tanggungjawab mereka; mereka adalah terbaik di dalam merampas hak rakyat, menindas rakyat, mereka juga terbaik di dalam mengaut segala kekayaan rakyat ke dalam kantong mereka, mereka adalah yang terbaik dalam membodek PM untuk mendapat jawatan dan projek, mereka adalah yang terbaik di dalam merosakkan negara, mereka adalah yang terbaik di dalam skandal seks, terbaik di dalam memfitnah dan bergaduh sesama sendiri, terbaik di dalam membenci gerakan-gerakan Islam yang berjuang untuk menegakkan agama Allah dan pendek kata, mereka adalah yang terbaik di dalam segala perkara seumpama di atas. Yang paling utama, mereka adalah yang terbaik di dalam menerapkan hukum kufur dan mereka adalah contoh terbaik pemimpin yang lalai dari peringatan Allah.

Semoga mereka ini akan mendapat balasan yang ‘terbaik’ dari Allah.

Tuesday, February 19, 2008

Pade doh! 50 tahun UMNO memerintah dengan sistem kufur

KUALA LUMPUR 13 Feb. – Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) akan menggunakan slogan ‘Pade Doh!’ bermaksud ‘Cukuplah’ sepanjang kempen pilihan raya umum ke-12 bagi negeri Kelantan.

Timbalan Pengerusinya, Khairy Jamaluddin berkata, slogan dalam loghat Kelantan itu bertujuan menarik generasi muda negeri itu untuk menolak kepimpinan Pas yang telah memerintah selama 18 tahun.

Beliau berkata, slogan tersebut yang disertakan logo bulatan dan palang pada angka 18, turut dijadikan identiti Pemuda BN bagi mewujudkan gelombang perubahan besar di negeri itu.

“Saya dapat maklum balas daripada rakan-rakan bahawa mood di Kelantan memang mahukan perubahan. Jadi jangan ada keraguan lagi.

“Kali ini pangkah sahaja BN, cuba buat perubahan sekali. Tengok lima tahun apa yang kita boleh buat di Kelantan dan banding selepas ini.

“Jangan 18 tahun pilih orang yang sama, pemimpin sama, Menteri Besar pun sama,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Pemuda BN di Menara Datuk Onn Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pengerusi Pemuda BN Kelantan, Dali Hussin.

Khairy berkata, pihaknya juga akan melancarkan satu lagi slogan iaitu ‘Pakat Kelik Ngundi’ (Pakat Balik Mengundi) bagi menggalakkan lebih 50,000 anak Kelantan di luar negeri itu untuk balik mengundi.

Beliau berkata, pelancaran rasmi slogan berkenaan akan diadakan di Kelantan tidak lama lagi dengan diikuti pengedaran poster serta kemeja-T oleh Pemuda BN negeri di peringkat bahagian dan cawangan.

Menurut beliau, Pemuda BN juga akan mengadakan satu pertemuan dengan anak-anak Kelantan di ibu negara bagi memastikan bukan mereka sahaja yang balik mengundi malah diikuti rakan-rakan dan keluarga.

“Ini penting kerana banyak kerusi yang dimenangi Pas di negeri ini pada pilihan raya umum 2004 adalah dengan majoriti yang kecil dan sekiranya pengundi luar diberi tumpuan saya percaya Kelantan boleh ditawan tahun ini,” ujarnya.

Khairy berkata, Bilik Gerakan Pemuda BN juga akan menyediakan khidmat rujukan mengenai lokasi pusat pembuangan undi serta kemudahan pengangkutan dan cuti bagi pengundi untuk pulang mengundi di Kelantan.

Beliau berkata, bilik gerakan di PWTC itu boleh dihubungi semua pihak menerusi talian 03-40439517, 017-7527775 dan 017- 2631455.

Sumber: Utusan Malaysia 14/02/08

Ulasan:

Kalau Khairy sibuk berkempen ‘pade doh’, dengan menggunakan loghat Kelantan yang bermakna ‘cukuplah’ dengan pemerintahan PAS selama 18 tahun di Kelantan, dan inginkan perubahan, maka pastinya lebih afdhal kerajaan Barisan Nasional yang memerintah lebih 50 tahun ini diganti kerana telah selama 50 tahun mereka menerapkan undang-undang sekular.

Pade doh (cukuplah) sistem pemerintahan demokrasi yang diamalkan oleh BN selama ini yang mana mereka telah mengambil kuasa Allah untuk membuat undang-undang. Pade doh (cukuplah) umat Islam hidup menderita dengan sistem ekonomi Kapitalis (aka Sistem Ekonomi Campuran) yang diterapkan selama ini yang mana semua kekayaan negara dan umat telah dirampas oleh golongan yang berkuasa!

Pade Doh kita menderita selama 84 tahun tanpa sistem Khilafah yang menaungi kita, jadi kita 'pakat-pakat kelik (kembali) wat Khilafah' sebab Hadis Nabi menerangkan,

“Siapa saja yang mati, sementara di atas tengkuknya tidak ada bai’at (kepada seorang Khalifah), maka dia mati dalam keadaan mati Jahiliah” [HR Muslim]

Pade Doh tu UMNO/BN, beghetilah wat doso, meghetoh denge agama suku politik suku tu ajaghe sose. (Cukuplah tu UMNO/BN, berhentilah dari melakukan dosa, memerintah dengan memisahkan agama dan politik itu adalah ajaran songsang).

Sistem politik Islam jawapan permasalahan negara

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Sistem politik Islam dilihat penyelesai kepada pelbagai masalah rumit yang menggugat kestabilan kebanyakan negara-negara Islam hari ini.

Profesor Dr. Fu'ad Mohamed Al-Nadi dari Universiti Al-Azhar berkata, sehubungan itu, umat Islam perlu segera mempraktikkan sistem politik Islam seperti yang diwarisi pemerintahan cendekiawan Islam satu masa dahulu.

"Masalah yang melanda negara Islam sebenarnya, hanya dapat diselesaikan dengan mempraktikkan sistem politik Islam.

"Ia lengkap. Cendekiawan Islam dahulu sudah membuktikan politik Islam menjamin kestabilan dan keamanan negara mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Pengertian Sistem Politik Islam dan Keistimewaan Berbanding Sistem Politik Semasa' sempena Multaqa Sedunia Alumni Al-Azhar 2008 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Dr. Fu'ad berkata, warisan dahulu yang merangkumi empat mazhab sebenarnya, menjadi rujukan utama dalam memastikan pemerintahan politik Islam sentiasa mantap.

"Rujukan kepada empat mazhab sudah membuktikan kecemerlangan pemerintahan Islam di Madinah. Ia jelas unik jika hendak dibandingkan dengan sistem politik lain," ujarnya.

Oleh itu, katanya, pemerintahan Islam tidak boleh disamakan dengan mana -mana sistem politik lain walaupun ia jelas memperjuangkan demokrasi.

"Jangan samakan dengan yang lain. Jangan namakannya sistem demokrasi, sosialis mahupun liberal.

"Landasannya Islam. Ia unik dan jauh lebih istimewa jika hendak dibandingkan dengan sistem kontemporari yang ada," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia 18/02/08

Ulasan:

Sayang sekali ucapan Profesor Dr. Fu'ad Mohamed Al-Nadi tidak disiarkan secara penuh. Namun, dari apa yang dilaporkan, nampaknya Dr. Fu’ad cuba menjelaskan bahawa umat Islam (secara keseluruhannya) memerlukan institusi politik yang tersendiri sebagaimana yang diamalkan oleh ulama salaf dan umat Islam mesti meninggalkan demokrasi yang bukannya berasal dari Islam. Institusi politik apakan lagi yang dimaksudkan jika bukan Daulah Khilafah?

Ya, itulah Daulah Khilafah. Sebuah badan politik (kiyan tanfizi) bagi umat Islam yang menerap, memelihara dan mengembangkan Islam ke seluruh dunia. Khilafah adalah kepimpinan umum bagi seluruh kaum Muslimin di dunia untuk menegakkan hukum-hukum syariat Islam dan mengembang dakwah Islam ke segenap penjuru dunia [An-Nabhani, Nizhamul Hukmi Fil Islam]

Ya, itulah Khilafah yang didambakan oleh umat Islam yang kini dijerut, dihimpit dan diperhinakan oleh sistem politik sekular yang ada. Umat Islam sudah lama terperangkap dalam suasana politik yang kotor lagi menghinakan dan satu-satunya jalan keluar dari permasalahan mereka adalah dengan adanya Daulah Khilafah yang akan menerapkan kitabullah dan sunnah RasulNya.

Ya, itulah Khilafah yang menjadi penyelesaian bagi setiap permasalahan umat Islam. Permasalahan utama umat ini adalah kerana tidak diterapnya Islam dalam kehidupan. Negara umat Islam terpecah-belah dan tercerai-berai, lemah dan semakin kecil. Hanya Khilafah yang pastinya akan menyatukan semula seluruh negara-negara umat Islam dan akan mengembalikan kekuatan mereka sebagaimana di zaman kegemilangan dahulu.

Ya, itulah Khilafah yang akan memakmurkan kembali ekonomi umat Islam, menamatkan hegemoni Barat dalam aspek politik dan perekonomian. Mengembalikan hak-hak umat dan segala kekayaan mereka sehingga setiap warganya akan menikmati kemewahan dan kerahmatan hidup di bawah naungan dan berkat syari'ah.

Ya, itulah Khilafah yang akan mengangkat sejarah hitam kebejatan sosial masyarakat hari ini. Pemeliharaan maruah, harta dan jiwa setiap warganya diletak sebagai sebahagian aktiviti politiknya iaitu dengan menerapkan keseluruhan hukum syari'ah. 'Uqubat Islam dinobat dan dilaksana sepenuhnya bagi tujuan memelihara maruah Islam serta umatnya.

Ya, itulah Khilafah yang akan menundukkan musuhnya dalam ketakutan dan kehinaan, menggetarkan dan menghancurkan Barat berserta ideologinya. Meninggikan darjat serta kemuliaan Islam dan umatnya.

Ya, inilah sepatutnya dilaungkan di tengah-tengah umat, para tokoh, cendekiawan dan para pemimpin kaum Muslimin kala ini. Tak perlu diselindungkan lagi namanya yang harum, yang telah membawa rahmat ke seluruh alam - KHILAFAH - adalah penyelesaian bagi segenap permasalahan yang wujud ketika ini. Ayuh tegakkan Khilafah dan tolak sistem demokrasi-kufur ciptaan Barat!

Negara Islam sepakat amal Islam Hadhari

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Delegasi Multaqa Alumni Al-Azhar 2008 di sini sepakat agar semua negara Islam mengamalkan pendekatan Islam Hadhari yang diamalkan oleh Malaysia untuk memacu kemajuan umat Islam.

Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Datuk Dr. Abd. Shukor Husin berkata, ini kerana pendekatan tersebut menumpukan kepada pembangunan rohani dan spiritual yang seimbang.

Katanya, walaupun pendekatan tersebut masih di peringkat pelaksanaan tetapi para delegasi bersetuju yang ia memberi keutamaan kepada kesepaduan di antara penguasaan ilmu dan pembangunan.

"Pengalaman Malaysia selama tiga tahun mengamalkan konsep Islam Hadhari dalam membina ketamadunan bangsa, ekonomi, kerjasama antarabangsa dan penguasaan ilmu berteraskan Islam, membuka minda negara-negara Islam agar tidak bertumpu kepada aspek agama sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian selepas membentangkan kertas kerja ''Pendekatan Islam Hadhari: Pengalaman Malaysia'' pada hari ketiga Multaqa di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLLCC) di sini hari ini.

Ahli panel yang lain ialah pensyarah Universiti Al-Azhar, Dr. Fuad Al-Nadi; pensyarah Universiti Islam Imam Muhammad bin Suud, Riyadh, Prof. Dr. Mohammad Ahmad Al-Salleh dan pensyarah Universiti Al-Azhar, Prof. Dr. Mohammad Abd. Sattar Nassar yang turut membincangkan mengenai warisan dan pembaharuan.

Dalam pada itu, Abd. Shukor yang juga pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan berkata, negara-negara Islam perlu melakukan perubahan dan bukan hanya bercakap mengenai teori tanpa praktikal.

"Apa yang diperbincangkan perlu dipraktikkan ke arah menjana kemajuan umat Islam berpandukan petunjuk agama yang suci di samping mengembalikan kegemilangan dan kecemerlangan umat Islam.

"Malaysia yang berlatar belakangkan masyarakat majmuk telah mengaplikasikan pendekatan tersebut sebagai model kepada negara-negara Islam yang lain," jelasnya.

Sumber: Utusan Malaysia 18/02/08

Ulasan:

Memang hebat propaganda UMNO menjelang pilihan raya kali ini! Dengan penganjuran Multaqa Alumni Al-Azhar 2008 ini, ternyata banyak ‘kebaikan’ yang cuba digapai dan dipropaganda habis-habisan oleh kerajaan. Sebagaimana dijangka, ‘Islam Hadhari’ tentunya menjadi agenda utama untuk diketengahkan.

Jika satu masa dahulu Dr. Mahathir telah mengisytiharkan Malaysia Negara Islam, lalu bekas PM ini menjemput ‘ulama’ satu dunia untuk ‘mengiktiraf’ yang Malaysia adalah negara Islam. Kini giliran Pak Lah pula, setelah memperkenalkan Islam Hadhari, menjemput seramai mungkin ‘ulama’ Al-Azhar untuk ‘mengiktiraf’ konsep menyeleweng yang dibawanya selama ini.

Jika kita fikirkan dengan mendalam, jika benarlah konsep Islam Hadhari yang di bawa PM Malaysia ini bertepatan dengan Islam dan merupakan satu konsep yang agung (sebagaimana dilaung-laungkan!), maka sudah tentu dan tidak dapat diragukan lagi bahawa ulama mahupun bekas Al-Azhar yang ada semuanya adalah jahil (bodoh). Apa tidaknya, satu konsep yang mereka (ulama Al-Azhar) sendiri puji habis-habisan (sekarang) sehingga disaran untuk dijadikan contoh oleh semua negara umat Islam, namun konsep yang ‘agung’ yang datangnya dari Islam ini, tidak pula diketahui oleh mereka selama ini!!! Alangkah jahilnya para ulama Al-Azhar selama ini – tidak tahu bahawa di dalam Islam ini ada satu konsep bernegara yang hebat yang bernama ‘Islam Hadhari’!

Sayang sekali dengan golongan ulama yang ada pada hari ini yang rata-rata hanya diperkuda oleh golongan umarak (pemerintah) untuk menyokong pemerintahan kufur-sekular yang mereka amalkan. Hampir tidak ada lagi mereka yang dikenali sebagai ulama pada hari ini yang ikhlas yang berani menegur kerajaan dan berjuang untuk menegakkan hukum Allah. Maka, perjuangan untuk meninggikan kalimah Allah pada hari ini tidak lagi dibawa oleh ulama murahan ini. Yang berjuang untuk meninggikan kalimah Allah pada hari ini adalah pemuda-pemuda yang ikhlas, yang walau pun bukan lulusan Al-Azhar tetapi terdiri dari mereka yang sayangkan Allah dan Rasul melebihi dari segala-galanya. Mereka adalah orang yang dibenci oleh pemerintah, namun mereka tidak mengharapkan sedikit pun pujian atau redha dari pemerintah yang ada, tetapi mereka berjuang kerana ingin meraih redha dan syurga Allah.

Anti-Islam: Jangan mudah hukum Barat

KUALA LUMPUR 16 Feb. – Dunia Islam tidak harus terlalu mudah menghukum semua masyarakat Barat membenci Islam kerana masih terdapat sebahagian daripada mereka menghormati agama suci itu.

Syeikhul Al-Azhar, Dr. Muhammed Sayyid Tantawi berkata, tuduhan seumpama itu tidak adil kerana sifatnya berat sebelah, sekali gus tidak menggambarkan keadaan yang sebenar khususnya kepada mereka yang pro-Islam.

Sehubungan itu beliau meminta, pendapat yang terlalu umum mengenai hubungan antara Islam dan Barat perlu dielakkan supaya tidak berlaku salah faham.

‘‘Pada tahun ini kira-kira 3,000 pelajar di Universiti Al-Azhar yang berasal dari negara-negara bukan Islam (negara-negara Barat) telah memeluk Islam dan ini menunjukkan tidak semua masyarakat Barat membenci Islam. Kejayaan ini amat membanggakan kita.

‘‘Mereka memeluk Islam kerana yakin dengan Islam. Oleh itu kita perlu menunjukkan kepada pihak Barat cara Islam yang sebenarnya,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Dakwah dan Pengurusan Islam) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang disampaikan Canselornya, Tuanku Najihah Tunku Besar Burhanuddin.

Tantawi berkata, selain memberi contoh yang terbaik, setiap umat Islam juga bertanggungjawab mempertahankan ajaran agama suci itu daripada diganggu gugat oleh mana-mana pihak.

‘‘Ini bukan tanggungjawab pihak tertentu sahaja tetapi juga semua (penganut) Islam,” ujarnya.

Mengenai isu perselisihan pendapat antara Ahli Sunah Wal Jamaah dan Syiah, beliau berkata, selagi semua pihak berpegang kepada akidah yang sama, mengakui kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dan semua nabi serta mengiktiraf sahabat-sahabat Rasulullah, perbezaan yang berlaku itu tidak harus menjadi punca perpecahan.

‘‘Bagi saya tiada bezanya antara Ahli Sunah dan Syiah kerana kedua-duanya masih berpegang kepada akidah yang satu dan kita semua tetap bersaudara,” katanya lagi.

Ditanya mengenai langkah kerajaan Iran membina teknologi nuklear bagi tujuan menjana tenaga elektrik, Tantawi berpendapat setiap program yang memberi manfaat kepada rakyat hendaklah disokong.

‘‘Apa jua projek yang tidak memudaratkan rakyat, hendaklah disokong sepenuhnya,” ujarnya lagi.

Sumber: Utusan Malaysia 17/02/08

Ulasan:

Inilah kata-kata yang dikeluarkan oleh seorang 'ulama' yang tersohor, yang terkenal memihak kepada Barat dalam banyak ucapan/komennya. Tidak lama dahulu Tantawi menyokong kerajaan Perancis yang tidak membenarkan pelajar Islam memakai tudung di negara mereka. Alasan jahil Tantawi mudah sahaja – umat Islam perlu taat kepada undang-undang di mana tempat mereka tinggal.

Kali ini, Tantawi sekali lagi menyatakan ‘sokongan’nya kepada Barat apabila menyeru umat Islam agar tidak memusuhi Barat kerana tidak semua masyarakat Barat membenci Islam. Sekali pandang memang benar apa yang dikatakan Tantawi, namun apa yang sebenarnya tersurat dan tersirat dari kata-kata Tantawi adalah umat Islam hendaklah bersangka baik dengan Barat, jangan menuduh Barat jahat, jangan membenci Barat dan seumpamanya. Ya, memang benar tidak semua orang Barat itu jahat, tetapi takkanlah Tantawi begitu jahil sehingga tidak tahu apabila kita merujuk kepada ‘Barat’, maka yang kita maksudkan adalah ‘pemerintah Barat’ yang kesemuanya adalah terdiri dari orang-orang kafir yang rata-ratanya memusuhi Islam atau benci kepada Islam. Apabila kita menyebut ‘Barat’, itulah yang kita maksudkan, dan bukannya kita maksudkan ‘orang-orang’ Barat, apatah lagi orang Islam Barat. Istilah ‘Barat (Western)’ juga sering digunakan sebagai suatu terminologi kepada sebuah ketamadunan yang rosak dan kufur yang bercanggah dengan Islam.

Apakah Tantawi begitu jahil sehingga tidak mengerti hakikat ini? Tentunya tidak! Apa yang Tantawi mahukan ialah umat Islam memandang baik pemerintahan Barat! Kenapa Tantawi tidak mengeluarkan ucapan seperti, “Barat adalah jahat kecuali orang Islam Barat”, jika betul yang beliau ingin mengasingkan ‘orang Islam Barat’?

Kata-kata Tantawi ini hanya akan menyebabkan Barat lagi sayang kepadanya (dan mungkin inilah yang Syeikhul Azhar ini mahukan), dan yang lebih bahaya, pemerintah-pemerintah Muslim yang sekular tentunya akan menerima 100% idea menyeleweng Tantawi ini untuk membuat dasar terus berbaik dengan rejim kuffar Barat yang terkenal kejam dan memusuhi Islam selama ini.

Barat merupakan musuh Islam. Banyak ayat-ayat Allah yang memberitakan perkara ini. Nescaya tidak sepatutnya seorang pun dari kalangan kaum muslimin yang layak bersuara untuk mendamaikan antara Islam dan Barat. Ini adalah ketetapan dari Allah Yang Maha Pencipta, bukan dari sejarah, realiti atau lain-lain. Firman Allah,

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut milah mereka...” [TMQ Al-Baqarah (2):120]

“...mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu, mereka suka apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi.” [TMQ Ali Imran (3):118].

“..mereka tidak henti-henti memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka mampu” [TMQ al-Baqarah (2):217].

Demikian jelas dan nyata apa yang disebut oleh Allah di dalam Al-Quran, namun kita menyaksikan ramai pemimpin dan ‘ulama’ Islam yang masih ingin mengambil kafir Barat sebagai sahabat dan tidak kurang yang menyeru untuk merapatkan jurang perbezaan antara Islam dan Barat. Kenapakah mereka tidak menyeru kepada perkara/hukum yang jelas-jelas qath’i di dalam Islam seperti menyatukan semula kaum Muslimin di bawah satu payung pemerintahan – Daulah Khilafah? Apakah pemimpin dan ulama ini begitu jahil sehingga tidak tahu akan kewajipan ini?

Wednesday, February 6, 2008

Bush threatens Iran to further justify Western interference in the Middle East

London, UK, January 13 2007 - In a speech today in Abu Dhabi, President Bush accused Iran of being the world's number one sponsor of terrorism. He said that, "Iran's actions threaten the security of nations everywhere. So the United States is strengthening our longstanding security commitments with our friends in the Gulf and rallying friends around the world to confront this danger before it is too late."

Commenting on this, Dr Imran Waheed, media representative of Hizb ut-Tahrir Britain, said, "Bush conceals his bankrupt agenda of more occupation, more support for dictators, more pillaging of resources and more civilian deaths by scaremongering about Iran and trying to fuel sectarianism in the region. While Bush claimed that the 'US has no desire for territory' it is clear that the US is committed to a long term military presence in the region. He attacks Iran for interfering in Iraq and Lebanon while singing the praises of US political, economic and military interference in the Middle East that is directly responsible for the downward spiral of violence and instability."

"Regardless of the century or decade, Western leaders have found some pretext to occupy the Middle East, whether it be to attack the Ottoman Caliphate, enhance commerce, act against the nationalisation of oil, deal with proxy leaders which have fallen out of favour or counter 'weapons of mass destruction'. The scaremongering about Iran and the sectarian conflict in Iraq, whipped up by the occupation, is the latest pretext for occupying the Middle East in order to support dictatorships, control the strategic assets of the region, secure interests and prevent an independent leadership from emerging."

"For all Bush's preaching about freedom and democracy and despite the brutal occupation of the Middle East, the momentum for the return of an independent leadership - the Caliphate - is gathering pace. It will end the era of Western backed dictators and foreign occupation, unify the lands and resources of the region and ensure that the assets of the region benefit its people rather than corporate elites. It goes without saying that the days of red carpets and fanfares for war criminals like Bush will then be over."

Tuesday, February 5, 2008

10 kawasan gejala sosial tinggi dipulihkan

PUTRAJAYA: Kerajaan akan memulihkan 10 kawasan dengan kadar gejala sosial dan jenayah tinggi di Lembah Klang bagi mewujudkan persekitaran komuniti lebih baik dan selamat untuk penduduk, kata Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, projek perintis berasaskan teori sosial perbandaran 'Broken Window Theory' itu membabitkan pemulihan fizikal kawasan berkenaan seperti membaik pulih prasarana, menyediakan kemudahan riadah untuk belia dan memastikan keselamatan permainan kanak-kanak.

"Berasaskan 'Broken Window Theory', jika kita nak kurangkan masalah sosial dan jenayah di mana-mana kawasan, maka kawasan itu perlu digambarkan sebagai indah dan dijaga dengan baik.

"Apabila diselenggara dan diselia dengan baik, mereka yang tinggal dalam kawasan itu juga menunjukkan sikap lebih bertanggungjawab," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Sosial Negara di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

'Broken Window Theory' diilhamkam penganalisis jenayah Amerika, James Q Wilson dan George Kelling, yang menyatakan jenayah adalah akibat ketiadaan kerukunan atau ketenteraman awam.

Mereka berkata, jika sebuah tingkap yang pecah tidak segera diperbaiki, orang ramai akan beranggapan bahawa tiada pihak yang peduli atau berkuasa sehingga lebih banyak tingkap dipecahkan, sekali gus mewujudkan keadaan anarki yang akan tersebar ke kawasan kejiranan berhampiran.

Pendekatan teori itu digunakan pihak berkuasa New York bagi menangani masalah sosial dan jenayah di bandar raya itu sejak dua dekad lalu.

Najib berkata, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mengenal pasti 10 kawasan berkenaan dan kerja pemulihan akan dijalankan dengan kerja sama pihak berkuasa tempatan, polis, Rukun Tetangga dan agensi berkaitan.

Katanya, program perintis itu akan diperluaskan ke kawasan lain jika didapati mampu mengurangkan kadar gejala sosial dan jenayah.

"Kita mulakan dengan asas ini... kita tengok sama ada menerusi tumpuan secara holistik ini kita dapat mempengaruhi tingkah laku mereka yang tinggal di kawasan ini," katanya.

Ditanya kawasan yang mungkin dipilih untuk program perintis itu, Najib berkata, antaranya ialah rumah pangsa dan perumahan yang memerlukan pemulihan.

"Tak semestinya kawasan jenayah, tetapi kawasan yang ada masalah sosial seperti vandalisme," katanya.

Najib berkata, Majlis Sosial Negara juga menetapkan semua program sosial yang dijalankan mestilah dirangka untuk kumpulan sasaran khusus.

"Maknanya kita kenal pasti kawasan yang hadapi banyak masalah dan kita akan babitkan belia dalam komuniti itu dengan program yang dijalankan. Jika tidak mereka yang terbabit dalam program adalah mereka yang sudah pun berkelakuan baik," katanya.

Sumber: Berita Harian 05/02/08

Ulasan:

Ingin pulihkan gejala sosial dengan konsep Barat? Pelik bin ajaib. Negara Barat (AS) yang merupakan negara yang paling bermasalah dari segi sosial tiba-tiba dijadikan rujukan. Inilah kerajaan sekular Malaysia, sudah tentu apa sahaja yang berasal dari Barat dilihat cantik untuk dilaksanakan. Pembuat dasar di negara kita selalu mencuba teknik-teknik asing dan mengimportnya untuk membaiki gejala sosial yang berleluasa di Negara ini. Satu perkara yang mereka tidak lakukan atau takut untuk mereka lakukan adalah mengambil Islam secara kaffah untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dalam masyarakat. Bahkan mereka melihat ‘Islam’ itu adalah satu masalah bukannya satu penyelesaian untuk kehidupan. Jadi, mereka langsung tidak menoleh kepada Islam untuk menyelesaikan masalah, tetapi lebih suka berpaling kepada Barat.

Broken Window Theory adalah satu kaedah bersifat psikologi untuk mengelakkan aktiviti vandalisme seperti merosakkan cermin tingkap, kereta, menulis grafiti, mabuk di jalanan dan seumpamanya. Persoalannya, siapakah yang akan menggantikan tingkap atau memadam lukisan grafiti di dinding yang disebabkan oleh vandalisme ini? Apakah pihak berkuasa atau pemilik rumah atau pemilik bangunan tersebut? Di Barat sendiri, beberapa kritikan telah muncul kepada teori ini, sebagai contoh boleh merujuk kepada tulisan Richard Morin yang bertajuk A Crack in the Broken-Windows Theory. Barat sendiri (khususnya New York) sampai sekarang merupakan antara bandar yang mencatat kadar jenayah tertinggi di dunia, yang sekali gus membuktikan teori ini hanya tinggal teori sahaja.

Teori ini kemudiannya diilhamkan untuk mengubat penyakit bawaan dari doktrin kapitalisme yang memperjuangkan konsep kebebasan di mana setiap perbuatan tidak ada nilainya melainkan untuk merealisasikan kebebasan peribadi seseorang. Adalah amat lemah dan dangkal apabila kita memandang bahawa teori ini akan menyelesaikan masalah sosial masyarakat di mana-mana tempat pun di atas dunia ini, termasuklah di Malaysia. Jahilnya pemimpin dengan Islam dan taksubnya mereka dengan Barat menyebabkan mereka langsung tidak mengambil Islam sebagai penyelesai kepada segala masalah. Walhal Islam telah lama datang dan menyelesaikan konflik yang ada dalam masyarakat sejak zaman Jahiliyyah lagi dengan sistematik dan tuntas. Untuk menanam nilai murni yang agung dalam masyarakat maka kita hendaklah menerapkan sistem Islam secara keseluruhan, yang mana sistem Islam ini pasti akan dapat;

1) menjaga akidah
2) menjaga akal
3) menjaga harta
4) menjaga nyawa
5) menjaga nasab
6) menjaga maruah
7) menjaga keamanan
8) menjaga kesatuan negara

Untuk menjamin kesemuanya berjalan maka pendekatan Islam yang holistik (kaffah) perlu dilakukan dengan:-

(1) setiap individu mengambil ideologi Islam sebagai asas untuk memperbaiki konsep dan perbuatannya dengan hukum syarak,
(2) mewujudkan masyarakat yang sentiasa melakukan amar makruf nahi mungkar sesuai tuntutan syarak
(3) Negara pula bertindak menghukum penjenayah, atau orang melanggar undang-undang tadi dengan hukum Islam.

Pokoknya kita wajib kembali kepada Islam yang menyeluruh bukannya kembali kepada Broken-Window Theory.

Islam pada kelas tersendiri

MENGAPA timbul dakwaan dan fahaman bahawa semua agama sama? Apakah kerana kejahilan tentang agama atau kerana ada agenda dan kepentingan lain sehingga sanggup menyamaratakan semua konsep agama untuk kelangsungan hidup.

Memang zaman selalu berubah, begitu juga dengan budaya hidup dan cara berfikir manusia. Berkembang dan majunya akal fikiran menjadikan akidah manusia jadi keliru, lalu timbul fahaman semua agama adalah sama.

Walaupun manusia punya kebebasan hak kehormatan (maruah) dan beragama tetapi budaya hidup dengan suku kaum yang pelbagai adalah berbeza.

Apa lagi soal agama iaitu pegangan ketauhidan dan konsep akidah terhadap Allah s.w.t. dalam Islam. Ia tidak akan pernah sama dengan mana-mana agama.

Islam hanya satu-satunya agama diterima di sisi Allah s.w.t sebagaimana mafhum-Nya: Sesungguhnya din (agama) yang diredai di sisi Allah hanyalah Islam.... (Ali-Imran:19).

Sebaliknya kepelbagaian bangsa dan suku kaum serta warna kulit manusia itu adalah agar mereka saling mengenali dan berhubungan antara satu sama lain sebagaimana mafhum-Nya lagi: Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku (berpuak-puak) supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (al-Hujuraat: 13)

Salah satu jalan ke arah mengenali dan merapatkan hubungan sukuan bangsa serta menjalin kesefahaman untuk saling menghormati dan hidup dalam keharmonian adalah melalui majlis dialog dan bermuzakarah.

Namun, Ketua Jabatan Undang-Undang Awam, Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Abdul Aziz Bari menggesa jangan ada pihak yang menafikan apa yang telah dipersetujui dan termaktub dalam Perlembagaan.

“Malaysia adalah negara Islam, jadi dasar keislaman harus jadi keutamaan oleh pemerintah dan ini harus difahami oleh golongan bukan Islam,” tegas beliau.

Menurut Abdul Aziz, kontrak sosial dibangkitkan kerana kefahaman yang cetek mengenai sejarah dan perlembagaan negara dan orang Islam terlalu bertolak ansur sehingga mengabaikan hak Islam sendiri.

“Akhirnya kita tidak tahu apa lagi yang ada untuk umat Islam,” katanya pada forum ‘Isu-isu tumpuan dalam dialog antara agama dan peradaban: Pengalaman semasa umat Islam’ dalam Muzakarah Ke Arah Pendisiplinan Dialog Antara Agama dan Peradaban, baru-baru ini.

Muzakarah anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di dewan besar institusi berkenaan pada 22 Januari lalu itu dihadiri oleh kira-kira 100 peserta terdiri daripada ahli akademik dan ahli agama tempatan.

Abdul Aziz ialah antara tiga ahli panel yang membicarakan mengenai tajuk tersebut. Dua lagi ahli panel ialah Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad dan pensyarah Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan UIAM, Prof. Madya Dr. Kamar Oniah Kamaruzaman.

Kena tegas

Muzakarah sehari itu juga turut menampilkan empat pembahas daripada ahli akademik dan ilmuwan dalam perbahasan ‘Ke arah Pendisiplinan Dialog Antara Agama dan Peradaban’.

Menurut Abdul Aziz, timbul kekeliruan mengenai Islam juga disebabkan ada pihak yang tidak senang dengan kedudukan Islam dalam sejarah dan perlembagaan negara Malaysia.

“Sebab itu kita orang Islam sebagai peneraju dalam pemerintahan tidak boleh bertolak ansur lagi. Pemimpin dan Muslim kena tegas dan jangan jahil hukum-hukum syarak serta sentiasalah mengikuti perkembangannya,” tegas beliau.

Sementara itu, Mohd. Nakhaie pula mempersoalkan, apakah Islam perlu kepada dialog antara agama?

Ini kerana tegas beliau, penyertaan Islam dalam dialog antara agama tidak pernah terancang dan bukan mewakili Islam yang sebenar.

“Melalui dialog, Muslim sepatutnya mendakwahkan Islam, tetapi sebaliknya orang Islam yang ‘dilantik’ dalam dialog telah didakwahkan oleh penganjurnya (musuh Islam),” ujar beliau.

Kata Mohd. Nakhaie lagi, ini berlaku kerana orang Islam yang dijemput berdialog mengenai agama tidak memahami latar belakang peradaban dan sejarah Islam serta tidak peka pada muslihat di sebalik dialog antara agama yang diadakan.

Akibatnya, jelas beliau, dengan mudah Islam diperalatkan oleh golongan Islam liberal dan yang memusuhi Islam.

“Oleh itu keilmuan mengenai dialog mesti mantap, sebab belum ada dialog yang menguntungkan Islam, tetapi banyak beri kelebihan kepada musuh kerana kecekapan strategi mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah IKIM, Dr. Syed Ali Tawfik Al-Attas berkata, agama-agama lain tidak berhak mengguna istilah atau perkataan Allah kerana ia nama khas dalam Islam yang terkandung dalam kitab suci al-Quran.

“Dari sudut falsafah, tidak ada tasawwur kefahaman mengenai Allah dalam mana-mana agama lain kecuali Islam,” tegasnya semasa menyampaikan ucaptama dan merasmikan muzakarah itu.

Sedangkan kalimah Tuhan menurut beliau, adalah istilah umum yang turut merujuk kepada Tuhan-tuhan dalam agama penyembahan berhala dan makhluk.

Sumber: Utusan Malaysia 06/02/08

Ulasan:

Berhubung kenyataan Ketua Jabatan Undang-Undang Awam, Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, UIAM, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari yang menggesa jangan ada pihak yang menafikan apa yang telah dipersetujui dan termaktub dalam Perlembagaan bahawa “Malaysia adalah negara Islam....”, ini jelas menunjukkan kekeliruan dalam berfikir yang dimiliki oleh seorang intelektual.

Sesebuah negara ingin dikategorikan sebagai sebuah Negara Islam perlu mempunyai kriteria yang khas untuk disebut sebagai Negara Islam, bukannya berdasarkan pa yang termaktub. Kalau setakat adanya peruntukan “agama rasmi Islam” dalam Perlembagaan akan menjadikan sesebuah negara itu Islam, maka analogi mudahnya adalah, AS pun akan boleh bertukar menjadi Negara Islam jika mereka merubah Perlembagaannya dengan menjadikan Islam sebagai agama rasmi. Sebaliknya, Madinah yang ditubuhkan oleh Rasulullah pula bukanlah merupakan negara Islam kerana tidak dinyatakan dalam Watsiqah/Sahifah (Perlembagaan) Madinah bahawa Islam adalah agama rasmi. Tentulah batil hujah-hujah ini, bukan?

Sebagaimana ‘orang’ Islam, ‘negara’ Islam juga mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Apabila ada sebab-musabab (ciri itu ada) itu maka barulah akibatnya (effect) orang/negara tersebut dikatakan Islam.

Sayangnya ada beberapa orang intelektual yang telah membalikkan realiti ini, bila ‘sebab’ dijadikan ‘akibat’, dan ‘akibat’ dijadikan ‘sebab’. Sebagai contoh, dalam polemik Malaysia sebagai sebuah Negara Islam, Malaysia sudah terlebih dahulu dikatakan (diisytiharkan) sebagai negara Islam kemudian, ‘sebab’nya dicari kemudian, bahkan sekadar ‘petikan’ dari perlembagaan yang menyebut Islam sebagai ‘agama rasmi’ terus diambil untuk dijadikan ‘sebab’ yang dengannya, Malaysia adalah ‘negara Islam’. Pendek kata, dalam minda mereka Malaysia mesti dijadikan Negara Islam, nasnya dicari kemudian.

Tidak cukup dengan itu, di carinya ‘ulama tertentu’ untuk menobatkan Malaysia sebagai Negara Islam dan agar diiktiraf dunia, maka diusung dan dijaja ke seantero dunia bahawa Malaysia adalah negara Islam.

Walhal dua ciri utama yang menjadikan sesebuah negara itu Islam, langsung tidak disebut, tepatnya tidak ada iaitu mestilah (i) adanya keamanan Islam dan (ii) penerapan hukum-hakam Islam secara kaffah. Syarat utama iaitu negara perlu menerapkan hukum-hakam Islam secara menyeluruh yang bersumber dari Al-Quran, Sunah, Ijmak dan Qiyas.

Namun peruntukan dalam perlembagaan Malaysia sendiri menafikan perkara ini. Bahkan Perlembagaan memperuntukkan jika ada undang-undang yang berlawanan dengan perlembagaan Malaysia, undang-undang tersebut akan terbatal (termasuk juga undang-undang Islam). Ini adalah permasalahan akidah yang jelas-jelas salah di mana sepatutnya apa sahaja yang terkandung dalam perlembagaan itu terbatal jika bertentangan dengan Islam, bukan sebaliknya. Hal ini sengaja disorok oleh intelektual tersebut dan cuba diputarbelitkan untuk menjustifikasikan hujah mereka yang lemah. Atau adakah mereka ini golongan intelek yang jahil atau dengan kata lain, langsung tidak intelektual?